Kelas Advokasi – Video Oversharing
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan memaparkan video dari SKMM dengan tajuk Oversharing. Objektif kelas pada petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta berkenaan Oversharing yang dikongsikan pada kelas-kelas yang lalu. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini, peserta dipertontonkan denagan Video SKMM tentang Oversharing. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan video tersebut. Bagi peserta yang selalu mengikuti kelas-kelas PI Rantau Panjang, mereka dapat menjawab soalan yang diberikan dengan divariasikan seperti permainan. Dalam kelas ini juga, peserta diajak melakonkan semula video tersebut bagi menarik minat peserta dalam Advokasi.
Kami berharap impak dari penerangan terperinci dengan 1 video ini dapat membantu peserta-peserta mengingati Oversharing dengan lebih dalam dan diingatkan kepada peserta sentiasa berhati-hati dalam mereka kongsikan dalam media sosial.
# Lebih banyak yang anda kongsi, lebih tinggi risiko yang anda akan hadapi!